Wednesday, December 12, 2007

Road to success...( laporan )


Gambar presentation kat Times Square...


Produk permainan-kuda sorong...


Produk pilihan-set spa...


Produk pembungkusan kreatif-bekas cermin mata...



Produk alat tulis-bekas pensil+frame+jam...

Idea nak masuk pertandingan ni mula mencambah bila membuat lawatan ke pusat kraf dan lihat pameran peserta piala seri endon yang lepas...hati begitu tak puas hati ngan design yang dibuat. Dalam hati : "tu pun boleh menang..."

Masa decide nak masuk pertandingan ni adalah seminggu sebelum tarikh tamat penyertaan.Dalam seminggu tu, kena buat sketching 9 produk yang hendak dihasilkan, laporan proposal sepanjang 350 patah perkataan, dan satu contoh kain batik yang bersaiz 1 meter X 1 meter, gambar kumpulan untuk memasuki pusingan pertama. Sebanyak 25 penyertaan tahun ini dalam kategori kraf tangan untuk pusingan pertama.Nama kumpulan pun tak sempat nak fikir, last2 ambik je 'The Untitled' sebab tengok komputer kalau file tak letak nama keluar untitled...nama kumpulan ni telah menimbulkan kontrovesi antara judges yang kurang yakin ngan nama kumpulan ni.Tema untuk batik yang dihasilkan ialah 'Fusion Batik' iaitu gabungan unsur moden dan tradisional.


Tapi sebab kumpulan ini yang sangat the seswatuh, so kumpulan ini telah dipilih untuk memasuki pusingan kedua.Sebanyak 6 kumpulan yang layak memasuki pusingan kedua.Dalam pusingan kedua, semua kemahiran yang diajar kat UTM memang diaplikasi habis-habisan la... Kena buat 9 produk yang dicadangkan dalam proposal dalam masa 2 bulan. Dalam 2 bulan tu la nak buat batik, nak resin produk, nak pasir model, nak spray model, dan buat booklet untuk produk yang dibuat tu...Dalam pertandingan ini, kena buat dua produk untuk fesyen aksesori, dua untuk permainan, dua untuk alat tulis, dua untuk pembungkusan kreatif dan satu produk pilihan sendiri. Lebih clear dengan rain...eh..lihat gambar...Lepas siap semua produk tu tibalah masa untuk present kat judges...24, 25hb November kat Berjaya Times Square...


2hb Disember - Grand Final of Piala Seri Endon, KLCC.( Big day in our life !)Seawal 7 pagi dah sampai kat KLCC untuk menandatangani perjanjian penyerahan rekabentuk kat pihak penganjur dan raptai untuk majlis penyampaian hadiah...protokol istana...ala2 konvo UTM dulu...kena sembah dan termasuk ayat - Menjunjung Kasih Tuanku...Satu kekesalan di sini, salah seorang ahli kumpulan tak dapat bersama ketika majlis penyampaian hadiah kerana berada di luar negara atas urusan kerja...Syukur Alhamdulillah...Usaha selama 4 bulan ini menbuahkan hasil...diharapkan kejayaan ini dapat menjadi batu loncatan kepada kami untuk memiliki studio sendiri...dan terus memasarkan produk kami ke pasaran tempatan dan antarabangsa...
Terima Kasih diucapkan kepada yang telah menghulurkan bantuan...yang memberi semangat...yang menjadi inspirasi...Tak dapat nak sebut nama satu2...Semua adalah sebahagian daripada kejayaan ini...Terima kasih sekali lagi...
Yang melaporkan, Yong, untuk The Kumpats, very the seswatuh...

2 comments:

PertMuffin said...

Tahniah nyafzzz..
Mmg betul2 terharu dan bangga giler sampai nak menitiskan airmata..
Paling buat aku tersenyum lebar sampai ke pelipis kening sewaktu Yong menulis, Syukur Alhamdulillah..

hiks!~

aqmal said...

yong, wat hapen tu yu?
komentar anda sungguh professional!
nampaknya prestasi bahasa melayu anda semakin kencang!

tergugat mak noks!
syukur alhamdullilah!